ISWAMI Sampaikan Ta’niah Setahun Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia
SEMANGATNEWS.COM- Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Perdana Menteri Malaysia ke 10 genap satu tahun memimpin Malaysia. Beliau dilantik 24 November 2022.
Ta’niah dan ucapan selamat kepada YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim setahun memimpin Negeri jiran itu datang dari Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia – ISWAMI.
Presiden Iswami Indonesia Asro Kamal Rokan dan Presiden Iswami Malaysia Mokhtar Hussain berkirim surat kepada PM Malaysia dengan harapan YAB Anwar Ibrahim sukses menjalankan amanah yang diberikan untuk kemakmuran rakyat Malaysia.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidaklah asing bagi rakyat Indonesia. Beliau dikenal semua tingkatan. Hal
ini menjadi modal besar bagi semakin kukuhnya hubungan Malaysia- Indonesia, yang telah terjalin sejak lama, sebut Asro Kamal Rokan.
ISWAMI adalah organisasi wartawan dua negara (Indonesia-Malaysia) didirikan para wartawan senior Indonesia-Malaysia pada 2005. Wadah ini terus berupaya menjembatani rakyat kedua negara melalui informasi, kesefa- haman, dan jalinan persahabatan Malaysia-Indonesia.
ISWAMI menyambut baik dasar yang diterapkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar yang mendukung pembangunan pemikiran yang kritis dan kebebasan kewartawanan. Ini sejajar dengan penegasan YAB Dato’ Seri Anwar semasa Hari Wartawan Nasional
(HAWANA) 2023 di Ipoh, Perak bulan Mei lalu. Beliau sentiasa menyokong peranan wartawan, bukan sekadar perekam idea, sebaliknya pencetus idea yang berdasarkan nilai.
Komitmen dan keyakinan YAB Perdana Menteri tersebut memberi ruang kepada wartawan untuk memikul tanggungjawab dan amanah ini dengan sebaiknya, sebut Presiden Iswami Malaysia Mokhtar Hussain.
Semoga hasrat penubuhan Majlis Media Malaysia (MMM) bagi kawal selia lebih baik serta meningkatkan taraf profesionalisme kewartawanan dijadikan keutamaan supaya segera
menjadi kenyataan.
Ia harus dilihat sebagai langkah strategi ke arah membina minda
masyarakat yang kental menghadapi ancaman digital maupun yang berbentuk subversif.
“Tahniah dan selamat buat YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas setahun pencapaian memimpin Malaysia. Semoga Allah SWT merahmati Malaysia dan Indonesia.” ujar Asro Kamal Rokan dan Mokhtar Hussain.**
